12/7/2013
1030pm..
Masihkah kau ingat tarikh ini?
Walaupun genap setahun ia berlalu pergi
Kini tarikh itu muncul lagi
Dan masih kah kau ingat lagi?
Kala aku membilang hari untuk ibumu sarungkan cincin di jari
ini
Malam ini, setahun yg telah pergi
Aku menerima berita,
hubungan ini dikhianati
Semuanya telah berakhir dengan cara begini
Tanpa aku tahu sebabnya, kau telah pergi
Tinggalkan aku, dengan hati yang pecah yang tak mungkin
dicantum lagi
Kala itu kau memilih untuk berdiam diri
Tinggalkan aku karam membuat telahan sendiri
Apa salah aku hingga tersakiti begini
Teganya kau malukan aku begini
Setelah kau tabur janji untuk menjadikan aku suri hatimu
yang sepi
Semua impian dan janji kau ingkari
Masih ku igt lagi, katamu pada diri
Kau pernah kehilanganku sebelum ini, takkan kau biarkan aku
pergi lagi
Entahla,hingga ke saat ini aku masih bertanya pada diri
Apa salah aku sampai kau buat aku begini?
Berpuluh SMS dan panggilan, kau cuba ku hubungi
Namun, soalan aku masih tergantung begini
Kenapa kau pergi?
Akhirnya aku diberitahu,diriku telah berganti
Ya..sakit tu hanya untuk diri aku ini
Sedangkan kau? Kau bina istana atas keruntuhan hubungan ini
Ya..memang benar jodoh tiada siapa yang mengetahui
Dan kita merancang tapi ALLAH lebih mengetahui
Tapi, tidak layakkah aku untuk satu penjelasan atas apa yang
terjadi?
Tidak layakkah untuk aku tahu kenapa kau tinggalkan aku
begini?
Tidak layakkah untuk aku tahu kenapa kau mungkir semua
janji?
Tidak layakkah untuk aku tahu kenapa kau pilih aku untuk kau
sakiti?
Saat itu aku seolah tidak memijak bumi
Terawang tidak dapat menerima apa yang terjadi
Hati ini sakit tidak terperi, langkah kaki seakan ingin
menyembah bumi
Dengan kekuatan dari orang2 sekeliling yang masih menyayangi
diri ini
Atas sisa runtuhan ini
Aku bangkit dan berdiri
Aku cuba tersenyum kembali
Walaupun aku sendiri merasa senyumku agak sumbing dan tak seindah
mentari
Tapi aku tiada pilihan lain lagi
ALLAH menguji hambanya yang disayangi
Mungkin jugak aku alpa saat hatiku kau miliki
Lantas ALLAH putuskan hubungan ini
Supaya aku kembali..
Merayu, meratap, memohon dikurniakn sedikit kekuatan untuk
aku hadapi
Bercucuran airmataku saat aku mengadapNya, mengadu apa yang
terjadi
Ya…walaupun aku tak mungkin lupa apa yang terjadi
Dan apa yang terjadi tinggalkan parut dalam hati
Tapi aku mahu kau tahu, aku masih mampu berdiri
Masih meneruskan perjalanan
dan kuat menghadapi
Walaupun saat itu terjadi aku rasa aku tak mampu lagi
Namun aku ternyata memperendahkan hatiku sendiri
Meski sakit tapi yaa..aku masih di sini
Aku cuba maafkan kau atas apa yang terjadi
Tapi aku xtau dimana letaknya kemaafan dalam diri ini
Aku lepaskan kau pergi
Meski hati aku tak pernah berhenti berdarah dan masih sakit
lagi
Biarlah masa menentukan apa yang akan terjadi
Tapi aku mahu kau tahu, kau tak mungkin aku terima lagi
Cukup-cukuplah apa yang telah terjadi
Aku punya maruah dan harga diri
Yang bukan boleh dibuat sesuka hati..
Wahai hati, redhalah dengan apa yang terjadi
Aku akan cuba maafkan dia atas apa yang terjadi
Dan paling utama maafkan diri
Kerna beri peluang dia mencintai diri ini
Kerna beri kesempatan untuk dia miliki hati ini
Kerna aku pernah mencintai
Dan paling utama, biarkan hati aku sakit tidak terperi
Semoga kau boleh terus bahagia dan bergelak sakan
Setelah apa yang kau lakukan…
Kau lebih tahu apa balasannya,bukan??
Apa guna ilmu agama di dada kau yang melebihi orang lain itu
kan??
Maafkan aku, hati aku masih belum ikhlas untuk memaafkan
Mungkin suatu hari aku akan redha dan memaafkan
Tapi hari itu bukan hari ini, mungkin akan datang…
No comments:
Post a Comment