Followers

Wednesday, July 24, 2013

Nostalgia hari raya....

Nostalgia aidilfitri
Masih segar dlm ingatan ini
Bila aidilfitri menjenguk setahun sekali
Seronoknya ibarat dapat benda paling berharga sekali
Bukan apa,semuanya serba baru dari hujung kepala sampai hujung kaki
Ditambah dengan beg galas yang wajib disandang ke sana ke mari
Nak kutip duit raya katanya,satu kampung kami jelajahi

Ayah memang tak berapa berduit tapi dia tidak peduli
Sedaya mungkin keperluan beraya anak-anak tetap akan dipenuhi
Kalau boleh aku nak kasut yang tumitnya tinggi dua inci
Biar orang nampak aku yang paling menyerlah sekali
Baju pulak kalau boleh biar yang yang berlabuci
Biar orang tya,anak sapa tu, dengan bangganya ank usop yang kecik sekali
Tapi kekadang tak kisahpun baju apa yang dibeli
Asalkan cantik dan baru lagi
Itu sudah mencukupi
Untuk dipakai di pagi raya nanti

Malam 7 likur memang amat dinanti
Memaksa ayah mencari kayu, untuk pasang pelita di malam hari
Kadang-kadang ikut abang, konon macam berani
Bila mercun roket dah dinyalakan, aku jugak la yang lari macam lipas tak ada kaki
Itu belum lagi bila meriam buluh yang berbunyi
Kadang-kadang nasib malang menyebelahi diri
Tersepak kayu, jatuh dalam lumpur, padan muka aku sendiri

Kalau ayah didesak untuk pelita,mak jugak tak kurang hebatnya
Pasti habis pokok inai sekeliling rumah dikutip petang sebelum raya
Bertungkus lumus mak memenuhi hasrat anaknya
tidur berbungkus plastic di tangan takut tercalit di muka
Gara-gara tidur buas tak hingat dunia
Tapi tak mengapa,demi inai memerah di jari di pagi raya
Sanggup, susah sedikit tak mengapa

Sebelum raya, penatnya haih tidak terkata
Seolah aku pulak yang buat semua kerja
Padahal cuci tingkap pun upah mak kena sedia
Kalau tidak berhabuk la tingkap tu alamatnya
Dinding pulak dihias dengan pelbagai kad raya
Almaklumlah,kakak-kakak aku memang ramai peminatnya
Macam-macam bentuk siap lawan sapa terima kad paling lawa
Belum lagi bab kejar abang posmen, tengok kad sapa punya
Sapa terima kad paling banyak dialah juara
Aku??tengok saja lah,kalau adapun dari kawan sebelah rumah ni sahaja
Setem pun tak perlu guna, jimat..hantar sendiri saja

Pagi raya dah mula kelam kabut dan lupa diri
Minta ampun, minta maaf dan duit raya benda yang paling pasti
Orang pertama mestilah ayahku sendiri
Tuntut janji, dek berjaya habiskan puasa tanpa tinggal walau sehari
Orang baru nak ke masjid, aku dah tak sabar nak mulakan misi
Pusing dari pagi sampai petang, sampai puas hati
Setiap kali sampai rumah orang, skrip dihafal baik sekali
Kami dah kenyang, nak duit raya banyak rumah lagi kami nak pergi
Kadang-kadang rasa jauh tak terjangkau dek kaki
Naik basikal, lebih jauh kami boleh jelajahi
Pusing sana,pusing sini,  dari hujung sana hingga hujung sini
Ceruk mana kami tak pergi
Mak ayah pulak tak perlu susah hati
Belum ada kes anak-anak diculik macam zaman sekarang ni

Itu nostalgia aidilfitri
Dari zaman kecilku sendiri
Meriah dan memang dinanti-nanti
Kini, dengan usia yang menganjak hari demi hari
Kemeriahan aidilfitri mula pudar dan tak berseri
Dengan ayah yang dah tak bersama kami
Rutin pagi raya semestinya ke pusaranya yang  sepi
Dulu aku yang menerima duit raya, tahun depan aku pulak yang memberi
Kalau dulu aku bebas ke sana ke mari, kini semua mesti diperhati
Beringat sebelum terjadi tragedi diculik di aidilfitri
Kalau dulu kad bergantung di dinding untuk menambah seri
Kini hanya sms tanda ingatan dan pengganti diri
Hanya dihujung jari, tanpa perlu tunggu berhari-hari
Kini aidilfitri bakal tiba lagi
Tidak kurang 2 minggu yang masih berbaki
Walau sudah tidak seperti dulu namun aidilfitri masih akan hadir lagi
Membawa bersama memori
Dengan lagu raya berkumandang di sana sini
Hanya itulah yang memeriahkan aidilfitri
Yang masih lagi kekal dari dulu hingga kini….

PS: Moga aku berkesempatan bertemu ramadhan akan datang…dan ramadhan ini jadi ramadhan yang terbaik di sisi ALLAH S.W.T..
Di sisi pusara ayahanda tercinta dan juga pusara bapa saudara...AL-Fatihah

Anak-anak saudara yang sedang meniti zaman kanak-kanak

Keluarga besar walaupun tidak semuanya ada...(Raya 2011)







No comments:

Post a Comment