Followers

Wednesday, July 24, 2013

Nostalgia hari raya....

Nostalgia aidilfitri
Masih segar dlm ingatan ini
Bila aidilfitri menjenguk setahun sekali
Seronoknya ibarat dapat benda paling berharga sekali
Bukan apa,semuanya serba baru dari hujung kepala sampai hujung kaki
Ditambah dengan beg galas yang wajib disandang ke sana ke mari
Nak kutip duit raya katanya,satu kampung kami jelajahi

Ayah memang tak berapa berduit tapi dia tidak peduli
Sedaya mungkin keperluan beraya anak-anak tetap akan dipenuhi
Kalau boleh aku nak kasut yang tumitnya tinggi dua inci
Biar orang nampak aku yang paling menyerlah sekali
Baju pulak kalau boleh biar yang yang berlabuci
Biar orang tya,anak sapa tu, dengan bangganya ank usop yang kecik sekali
Tapi kekadang tak kisahpun baju apa yang dibeli
Asalkan cantik dan baru lagi
Itu sudah mencukupi
Untuk dipakai di pagi raya nanti

Malam 7 likur memang amat dinanti
Memaksa ayah mencari kayu, untuk pasang pelita di malam hari
Kadang-kadang ikut abang, konon macam berani
Bila mercun roket dah dinyalakan, aku jugak la yang lari macam lipas tak ada kaki
Itu belum lagi bila meriam buluh yang berbunyi
Kadang-kadang nasib malang menyebelahi diri
Tersepak kayu, jatuh dalam lumpur, padan muka aku sendiri

Kalau ayah didesak untuk pelita,mak jugak tak kurang hebatnya
Pasti habis pokok inai sekeliling rumah dikutip petang sebelum raya
Bertungkus lumus mak memenuhi hasrat anaknya
tidur berbungkus plastic di tangan takut tercalit di muka
Gara-gara tidur buas tak hingat dunia
Tapi tak mengapa,demi inai memerah di jari di pagi raya
Sanggup, susah sedikit tak mengapa

Sebelum raya, penatnya haih tidak terkata
Seolah aku pulak yang buat semua kerja
Padahal cuci tingkap pun upah mak kena sedia
Kalau tidak berhabuk la tingkap tu alamatnya
Dinding pulak dihias dengan pelbagai kad raya
Almaklumlah,kakak-kakak aku memang ramai peminatnya
Macam-macam bentuk siap lawan sapa terima kad paling lawa
Belum lagi bab kejar abang posmen, tengok kad sapa punya
Sapa terima kad paling banyak dialah juara
Aku??tengok saja lah,kalau adapun dari kawan sebelah rumah ni sahaja
Setem pun tak perlu guna, jimat..hantar sendiri saja

Pagi raya dah mula kelam kabut dan lupa diri
Minta ampun, minta maaf dan duit raya benda yang paling pasti
Orang pertama mestilah ayahku sendiri
Tuntut janji, dek berjaya habiskan puasa tanpa tinggal walau sehari
Orang baru nak ke masjid, aku dah tak sabar nak mulakan misi
Pusing dari pagi sampai petang, sampai puas hati
Setiap kali sampai rumah orang, skrip dihafal baik sekali
Kami dah kenyang, nak duit raya banyak rumah lagi kami nak pergi
Kadang-kadang rasa jauh tak terjangkau dek kaki
Naik basikal, lebih jauh kami boleh jelajahi
Pusing sana,pusing sini,  dari hujung sana hingga hujung sini
Ceruk mana kami tak pergi
Mak ayah pulak tak perlu susah hati
Belum ada kes anak-anak diculik macam zaman sekarang ni

Itu nostalgia aidilfitri
Dari zaman kecilku sendiri
Meriah dan memang dinanti-nanti
Kini, dengan usia yang menganjak hari demi hari
Kemeriahan aidilfitri mula pudar dan tak berseri
Dengan ayah yang dah tak bersama kami
Rutin pagi raya semestinya ke pusaranya yang  sepi
Dulu aku yang menerima duit raya, tahun depan aku pulak yang memberi
Kalau dulu aku bebas ke sana ke mari, kini semua mesti diperhati
Beringat sebelum terjadi tragedi diculik di aidilfitri
Kalau dulu kad bergantung di dinding untuk menambah seri
Kini hanya sms tanda ingatan dan pengganti diri
Hanya dihujung jari, tanpa perlu tunggu berhari-hari
Kini aidilfitri bakal tiba lagi
Tidak kurang 2 minggu yang masih berbaki
Walau sudah tidak seperti dulu namun aidilfitri masih akan hadir lagi
Membawa bersama memori
Dengan lagu raya berkumandang di sana sini
Hanya itulah yang memeriahkan aidilfitri
Yang masih lagi kekal dari dulu hingga kini….

PS: Moga aku berkesempatan bertemu ramadhan akan datang…dan ramadhan ini jadi ramadhan yang terbaik di sisi ALLAH S.W.T..
Di sisi pusara ayahanda tercinta dan juga pusara bapa saudara...AL-Fatihah

Anak-anak saudara yang sedang meniti zaman kanak-kanak

Keluarga besar walaupun tidak semuanya ada...(Raya 2011)







Aku gadis kampung...Anak penoreh getah...

Aku gadis kampung, yang dengan bangganya aku akui
Sebut saja ceruk mana, semua aku jelajahi
Sebut saja apa saja permainan, pasti aku sertai
Galah panjang, panjat pokok, gasing,raunders..tak kurang jugak main guli
Macam lelaki? ya..memang aku akui
Dunia kanak-kanak ku memang itu yang aku lalui
Sampai kekadang lupa untuk makan dek leka dengan aktiviti
Selagi ayah tak pekik jangan harap aku akan kembali..

Bila tiba cuti sekolah yang panjang yang memang dinanti,
Pagi-pagi lagi ayah sudah pesan sebelum pergi
Jangan lupa datang ke kebun pagi ini
Tolong ayah dan mak,jangan asyik habiskan masa main dengan budak-budak lelaki
Kala itu aku berbasikal saat embun menitis ke bumi
Matahari pulak masih lagi malu-malu nak menunjukkan diri
Berbekalkan cekodok buatan ibu sebelum pergi mencari rezeki
Kadang-kadang nasib memang tak menyebelahi diri
Dikejar anjing, lintang pukang lari ibarat hilang kaki..
Kadang-kadang sampai tak sedar selipar tak lagi di kaki
Kadang-kadang sampai jugak ke kebun tempat kedua orang tua mencari rezeki
Tapi kadang-kadang separuh jalan aku pusing kembali
Gara-gara anjing yang memang pantang sekali tengok kami

Kedatangan aku ke kebun memang dinanti
Bukan saja oleh kedua orang tua, tapi jugak nyamuk yang memang tak terbilang dengan jari
Tapi semua tu dah sebati, sudah tak dipeduli
Janji dapat tolong ayah dan mak cari rezeki
Orang cakap bau 'getah sekerap' busuk sekali
Memang benar, tapi bagi kami itulah rezeki
Baunya lekat di tangan berhari-hari
Tapi bau itu jugaklah yang aku rindui kini....

Pernah suatu hari
Langit yang cerah tiba-tiba mendung membawa mentari pergi
Ayah memekik meminta kami mengutip susu getah yang sempat ditoreh sejak pagi
Niat di hati memang besar sekali
Terutama bila terpandang ayah yang berhenti berkali-kali
Dek kerana kelam-kabut,jantungnya seakan mogok dan memberi amaran sesekali
Namun rezeki hari itu sebanyak mungkin harus kami perolehi
Sebelum hujan turun membasahi bumi..

Dengan timba besi di tangan kiri,aku lajukan langkah kaki
Tapi ternyata hari itu malang nasib diri
Setimba penuh susu getah tumpah ke bumi
Tak kurang jugak yang membasahi aku sendiri
Tatkala kaki tersepak akar kayu yang berselirat di bumi
Mak dan ayah bertungkus lumus mencari air membuang susu getah yang masih berbaki
Saat itu juga hujan rintik mulai menyapa bumi

Aku bermandikan susu getah, mata dan rambut melekat saat getah mula membeku
Hujan turun bersama airmata aku saat itu
Niat nak menolong tapi akhirnya aku menyusahkan kedua orang tuaku..
Sudahlah begitu, titik peluh mereka juga tumpah dek kecuaianku..
Namun keduanya tidak pernah menyalahkan aku
Nak buat macamana,tak ada rezeki kita..kata ayahku...

Bertahun sebenarnya peristiwa ini berlaku
Aku sendiri tidak ingat berapa umurku
Tapi kenangan itu memang kuat dalam sanubari dan juga hatiku
Seakan memang sebati,tak dapat dipisahkan dari jiwaku
Ayah pun sudah lama pergi meninggalkan aku dan keluargaku
Tapi kekuatan ayah, itu perisai aku
Itu semangat aku
Dan..ini cerita aku...

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Berakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Benarlah pepatah yang ditinggalkan
Kata ayah pada mak, aku tak mahu mereka mewarisi kemiskinan
Aku tak mahu mereka mewarisi kesusahan
Aku tak mahu melihat mereka kesempitan
Biar kita susah, biar kita tak makan
Tapi pelajaran anak-anak kita utamakan
Bekalan buat mereka di masa hadapan..

Lihatlah ayah,lihatlah mak..
Walau bukan semuanya berjaya dalam pelajaran
Tapi sekurang-kurangnya tidaklah terlalu dalam kemiskinan
Dan tidaklah jugak dalam kemewahan
Namun ada jugak anak-anakmu yang berjaya dengan bekalan yang dikau bekalkan
Walaupun datang dari kedua orang tua yang tiada pelajaran
Tapi kami dapat buktikan
Aku bangga dengan kekuatan yang mereka tunjukkan
Ternyata lelah dan letih, keringat mereka menunjukkan keberhasilan
Orang yang dulunya pandang hina kita kerana kemiskinan
Kini mula membuka hati dan perasaan

Ternyata benarlah kata seseorang kepada mak..
Sekarang memang hang susah, tapi nanti bila sawit dah berbuah,senanglah hang
Ternyata ayat yang berkais itu tidak difahami,mana mungkin mereka mampu menanam sawit tanpa seinci pun tanah, sedangkan hidup pun menumpang di atas tanah orang..
Lalu hamba ALLAH itu pun menerangkan apa yang dikatakan..
Sawit yang dimaksudkan adalah anak-anak yang seramai lapan orang..
Yang ketika itu masih kecil, tidak langsung faham erti kesusahan..

Terima kasih mak,ayah...
Jasamu aku bawa ke mati
Bekalan yang kau berikan aku simpan dan semat di hati
Kemana pun aku pergi, aku masih lagi gadis kampung yang takkan lupa jati diri
Sebagai mana aku tidak pernah melupai bau sekerap yang pernah melekat di jari
Begitulah aku tidak pernah lupa apa yang kita sudah lalui untuk sampai ke tahap ini

Ya ALLAH, beri peluang kepada aku
Peluang untuk menyenangkan ibuku..
Buat Ayahku
Tempatkan dia di kalangan hamba-hamba kekasihMu
Jadikan kuburnya di antara taman-taman syurgaMu
Dan haramkan api neraka dari menjamah kedua orang tuaku
Sayangi mereka seperti mana mereka sentiasa menyayangiku...



Saturday, July 13, 2013

Coretan buat seorang sahabat....

Gadis bertudung litup itu sangat ceria
Meski matanya membawa 1001 cerita
Cerita duka,cerita cinta juga cerita yang membuatkan dirinya tertawa
Namun bibirnya tetap mengukir senyuman buat semua
Biarpun saat itu hatinya teruji kehilangan kedua org tua
Yang dipanggil mengadap Yang Maha Kuasa saat dirinya butuh kekuatan mereka
Namun hatinya redha
Kerna dia percaya, setiap jiwa pasti merasai mati bila tiba saatnya..

Saat jiwanya teruji dengan derita
Disandarkan pengharapan kepada Yang Esa
Jiwanya yakin, hatinya pula kuat menerima
Bukankah ujian itu tanda kasih sayang dari Tuhannya
Bahkan telah tertulis dalam kalam suci milikNya
ALLAH tidak akan membebani hambanya melainkan sesuai dengan kemampuannya
Lantas nafas dihela
Bersama kekuatan yang masih tersisa, perjalanan diteruskan ke destinasinya
Mesti kadangkala rindu itu bertandang ke jiwa
Mesti kadangkala sunyi itu mencuit hatinya
Mesti kadangkala cemburu melihat oranglain punya segalanya
Namun hatinya kecilnya percaya
Tuhan akan menjadikan segalanya indah pada waktunya..
Kini senyuman itu punya makna
Hatinya ceria, tergambar di wajahnya
Jiwa yang kosong terisi dengan cinta
Hari-hari yang suram kini berbunga ceria
Jodoh yang telah ditentukan di sana hadir akhirnya
Jodoh yang akan bersamanya menghadapi suka dan duka
Jodoh yang akan menjadi tempat untuknya berkongsi cerita
Jodoh yang akan menemaninya hingga ke akhir usia bahkan hingga ke syurga
Dan moga syurga dunia yang dibina diceriakan dengan permata yang akan menjadi saham ke akhirat sana

Doaku untuknya
Moga dia akan terus tersenyum gembira
Walaupun hidup mungkin tak seindah yang disangka
Meski nanti kami akan terpisah demi sebuah kerjaya
Namun dia sentiasa saja menjadi salah satu cerita
Yang pernah hadir dalam hidup aku, seorang sahabat kiriman Sang Pencipta
Moga ukhwah yang terbina di dunia
Menjadi landasan untuk ke syurga
Dan buat  aku pula
Ingin sekali menjadi kuat sepertinya
Tabah sekali menerima ketentuan Tuhannya
Redha menerima ujian dariNya
Dan bersyukur saat diri menerima nikmat yang tidak terhingga

Gadis itu Farah Hani namanya..
Selamat pengantin baru,dear...(in advance)hehehehe

Friday, July 12, 2013

Hari itu tiba lagi...

12/7/2013
1030pm..


Masihkah kau ingat tarikh ini?
Walaupun genap setahun ia berlalu pergi
Kini tarikh itu muncul lagi
Dan masih kah kau ingat lagi?
Kala aku membilang hari untuk ibumu sarungkan cincin di jari ini
Malam ini, setahun yg telah pergi
Aku menerima berita,  hubungan ini dikhianati
Semuanya telah berakhir dengan cara begini
Tanpa aku tahu sebabnya, kau telah pergi
Tinggalkan aku, dengan hati yang pecah yang tak mungkin dicantum lagi

Kala itu kau memilih untuk berdiam diri
Tinggalkan aku karam membuat telahan  sendiri
Apa salah aku hingga tersakiti begini
Teganya kau malukan aku begini
Setelah kau tabur janji untuk menjadikan aku suri hatimu yang sepi
Semua impian dan janji kau ingkari
Masih ku igt lagi, katamu pada diri
Kau pernah kehilanganku sebelum ini, takkan kau biarkan aku pergi lagi

Entahla,hingga ke saat ini aku masih bertanya pada diri
Apa salah aku sampai kau buat aku begini?
Berpuluh SMS dan panggilan, kau cuba ku hubungi
Namun, soalan aku masih tergantung begini
Kenapa kau pergi?
Akhirnya aku diberitahu,diriku telah berganti
Ya..sakit tu hanya untuk diri aku ini
Sedangkan kau? Kau bina istana atas keruntuhan hubungan ini
Ya..memang benar jodoh tiada siapa yang mengetahui
Dan kita merancang tapi ALLAH lebih mengetahui
Tapi, tidak layakkah aku untuk satu penjelasan atas apa yang terjadi?
Tidak layakkah untuk aku tahu kenapa kau tinggalkan aku begini?
Tidak layakkah untuk aku tahu kenapa kau mungkir semua janji?
Tidak layakkah untuk aku tahu kenapa kau pilih aku untuk kau sakiti?

Saat itu aku seolah tidak memijak bumi
Terawang tidak dapat menerima apa yang terjadi
Hati ini sakit tidak terperi, langkah kaki seakan ingin menyembah bumi
Dengan kekuatan dari orang2 sekeliling yang masih menyayangi diri ini
Atas sisa runtuhan ini
Aku bangkit dan berdiri
Aku cuba tersenyum kembali
Walaupun aku sendiri merasa senyumku agak sumbing dan tak seindah mentari
Tapi aku tiada pilihan lain lagi
ALLAH menguji hambanya yang disayangi
Mungkin jugak aku alpa saat hatiku kau miliki
Lantas ALLAH putuskan hubungan ini
Supaya aku kembali..
Merayu, meratap, memohon dikurniakn sedikit kekuatan untuk aku hadapi
Bercucuran airmataku saat aku mengadapNya, mengadu apa yang terjadi
Ya…walaupun aku tak mungkin lupa apa yang terjadi
Dan apa yang terjadi tinggalkan parut dalam hati
Tapi aku mahu kau tahu, aku masih mampu berdiri
Masih meneruskan perjalanan  dan kuat menghadapi
Walaupun saat itu terjadi aku rasa aku tak mampu lagi
Namun aku ternyata memperendahkan hatiku sendiri
Meski sakit tapi yaa..aku masih di sini

Aku cuba maafkan kau atas apa yang terjadi
Tapi aku xtau dimana letaknya kemaafan dalam diri ini
Aku lepaskan kau pergi
Meski hati aku tak pernah berhenti berdarah dan masih sakit lagi
Biarlah masa menentukan apa yang akan terjadi
Tapi aku mahu kau tahu, kau tak mungkin aku terima lagi
Cukup-cukuplah apa yang telah terjadi
Aku punya maruah dan harga diri
Yang bukan boleh dibuat sesuka hati..

Wahai hati, redhalah dengan apa yang terjadi
Aku akan cuba maafkan dia atas apa yang terjadi
Dan paling utama maafkan diri
Kerna beri peluang dia mencintai diri ini
Kerna beri kesempatan untuk dia miliki hati ini
Kerna aku pernah mencintai
Dan paling utama, biarkan hati aku sakit tidak terperi

Semoga kau boleh terus bahagia dan  bergelak sakan
Setelah apa yang kau lakukan…
Kau lebih tahu apa balasannya,bukan??
Apa guna ilmu agama di dada kau yang melebihi orang lain itu kan??

Maafkan aku, hati aku masih belum ikhlas untuk memaafkan
Mungkin suatu hari aku akan redha dan memaafkan
Tapi hari itu bukan hari ini, mungkin akan datang…



Thursday, July 11, 2013

RINDU BERTANDANG LAGI.......

Kala ini hujan masih lagi turun membasahi bumi
Tatkala insan lain masih lagi enak diulit mimpi
Airmataku gugur lagi
Hati terasa sepi, sarat dengan rindu yang tak bertepi
Mengembalikan kenangan saat kekuatanku meninggalkan kami
Pergi yang tak akan kembali
Perginya menyahut panggilan Ilahi..

Subuh yang dingin, 4/5/06 yang masih lagi aku ingati
Seakan semalam ia terjadi
Aku tersentak dari mimpi tatkala erangannya aku dengari
Lantas dalam keadaan kantuk masih mengayuti, aku berlari
Menuju ke kamarnya melihat dia sedang melawan sakit yang tak terperi
Kuingat sakitnya hanyalah seperti hari-hari sebelum ini
Yang akan hilang setelah diuruti dan diubati
Tetapi aku khilaf, sakitnya kali ini membawa ke mati
Saat azan subuh bergema memecah sunyi pagi
Di ribaanku dia kembali mengadap Ilahi

Saat itu masih segar dan takkan aku lupai
Suaranya, tawanya, marahnya masih lagi aku dengari
Saat dia menasihati diri ini
Petang sebelumnya, sebelum dia dipanggil pergi
Pesan itu masih ku ingati dan akan terus aku ingati
Katanya tak akan ada orang lain dapat mengubah nasibku ini
Melainkan diriku sendiri
Bekerja keraslah untuk kesenangan di kemudian hari
Kerana dia dan ibu tak akan selamanya di sini
Malah mungkin tidak sempat melihat aku menerima gaji pertamaku sendiri
Dalam tertawa dia menyambung lagi
Kalau cari bakal suami, carilah yang masih berbapa lagi
Supaya andai saat itu dia tiada lagi
Aku masih punya tempat untuk ku panggil ayah sebagai ganti

Allahuakbar,kuatkanlah hati dan juga diri
Terasa bagai dia masih lagi bersama kami
Ingin ku pinjam sedikit kekuatan yang kau pernah tunjukkan kepada kami
Ayah..anakmu masih lagi sendiri
Dan masih dalam perjuangan memajukan diri
Lihatlah ayah anakmu kini makin berdikari
Doaku ayah agar kau dilimpahi rahmat Ilahi
Ketahuilah ayah,kau pahlawan yang tiada galang ganti
Ku bawa kasih sayangmu ke mana saja ku pergi
Aku merinduimu ayah, sampai masa aku dijemput pergi
Semoga kita bertemu lagi ayah, di syurga nanti.....

ps: Ya ALLAH, tempatkanlah ayahku di kalangan hamba-hambaMU yang beriman...




Tuesday, September 18, 2012

Buat mereka yang kecewa.....

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya...wpun syawal dah pun berakhir.. Da agak lama kn xupdate blog..Bkn apa,masih mencari di mana hilangnya kekuatan diri pas dimalukan dengan majlis yg xjadi tu. Ok,stop pasal tu. Xmau cerita lg,nnt hati skt lg.. So aku nk kongsi,smpt jugakla ari tu p kursus kawen wpun xjd kawen..Xpala..bekalan utk masa depan kn...(amin....mudah2an....) Waktu kursus tu, Ustaz tu ada kongsi amalan yang baik utk org yg frust,kecewa mcm aku.. InsyaALLAH bleh diamalkn.. Lagipun selawat syifa tu mmg byk diamalkan dalam perubatan islam. Even waktu aku p berubat ngn sorg ustaz pun antara yg aku dpt tangkap bacaan yg ustaz tu baca mmg selawat syifa ni. Apapun xslh kita ikhtiar kn..Yg selebihnya tu serahkan pada Dia yang Maha Kuasa.. Even Dia pun suh kita ikhtiaq sebelum kita tawakal kt Dia kn.. Percaya apa yg ditentukan itulah yg tbaik. Cuma kita sbg manusia biasa, xdpt lari dr perasaan sedih dan kecewa kn... tp bg aku,xslh kita nk kecewa dan sedih..cumanya jgn terlalu terikut n terbawa2 dgn perasaan tu..Wallahualam... Lagi 1 petua ustaz tu bg kt aku, bila igt dia,amalkn 'Ya Haiyyum, ya Qayyum.. Lailahailla anta....'(sowi...xda proper utk tulis jawi...) So mgkin sesapa ja yg senasib ngn aku bleh cuba.. Mudah2an ALLAH permudahkan hati kita utk terima apa yg terjadi...

Wednesday, August 8, 2012

Tuhan sedang menguji kita.....

Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." 
(Surah al-Ankabut ayat 2-3).


Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)


Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah al-Baqarah ayat 286)


Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?

"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman"
(Surah Ali Imran ayat 139)


Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(Surah al-Baqarah ayat 45)


Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal"
(Surah at-Taubah ayat 129)


Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
(Surah at-Taubah ayat 111)


Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!

"...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
(Surah Yusuf ayat 12)


Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)



Akhir kalam:



Rasulullah S.A.W bersabda : 'Sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin. Jika ia mendapat nikmat ia bersyukur,maka syukur itu sangat baik baginya..dan apabila menderita kesusahan ia bersabar, maka bersabar itu lebih baik baginya..'           -Riwayat Muslim




P/S: Ya ALLAH kuatkan hati aku menerima kesemua ketentuanMu..sesungguhNya Engkau sebaik2 perancang dan perancanganMu mengatasi segalanya.....